Biro Kebajikan

Biro ini terdiri daripada AJK dan kakitangan :

  1. Tuan Haji Mohd Nasir Bin Abd Shukor : Ketua BIRO Kebajikan
  2. Puan Hajah Hafizah Bte Haji Jaafar : AJK
  3. Puan Mahani Bte Abd Majid : AJK
  4. Cik Iszarida Bte Ismail : Eksekutif Akaun - Pencatat

BIRO Kebajikan ini telah ditubuhkan pada tahun 2000, ia bertujuan menjaga kebajikan anggota Koperasi dan juga warga kakitangan Koperasi dan ladang

Biro kebajikan ini telah mengadakan mesyuaratnya  mulai sesi 2009/2010 :

Prestasi tahun semasa  BIRO Kebajikan :

  1. BIRO Kebajikan telah mengadakan majlis maulidur rasul dan lawatan Anggota lembaga  pada 18/4/2009 di Ladang, dengan dihadiri oleh  Anggota Lembaga , JuruAudit dan kakitangan Koperasi.
  2. Koperasi telah mengadakan Program membawa Anggota  pada 21/11/2009 ke ladang seramai 12 orang daripada 15 orang yang terpilih pada mesyuarat agung tahunan yang lalu dan diiringi oleh Anggota Lembaga serta kakitangan Koperasi.
  3. Menguruskan pemberian zakat Asnaf kepada anggota yang miskin dan masih di dalam proses kelulusan Majlis Agama Islam Johor
  4. Untuk tahun 2009 sahaja sumbangan kepada anggota :
    • Sumbangan anak anggota ke Institut Pengajian Tinggi Awam : 9 orang
    • Sumbangan khairat kematian anggota : 2 orang
    • Sumbangan galakkan pelajaran anak anggota : 3 orang
Jadual sumbangan kepada anggota :

Bil

Jenis Sumbangan

Nilai Sumbangan baru yang telah diluluskan oleh MAT 2008 (RM)

1

Kematian anggota Koperasi

1000.00

2

Anggota atau anak Anggota mendapat tawaran ke IPTA/IPTS  yang berdaftar dengan MQA

200.00

3

Anak lulus SPM (5A)

150.00

4

Anak lulus PMR (6A)

100.00

5

ANak lulus UPSR (4A)

80.00

6

Anggota menunaikan fardhu haji sekali seumur hidup

500.00

7

Kemusnahan rumah akibat bencana  ( permohonan perlu disertakan gambar)

500.00

8

Anggota masuk hospital sekali seumur hidup

300.00

Melalui cadangan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-34/2009 telah mewujudkan tabung kebajikan dengan menarik 10% daripada keuntungan terkumpul kewangan teraudit sehingga 31/12/2008.Ia menggantikan sumbangan kepada anggota sebagaimana jadual di atas tetapi masih di dalam kelulusan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Bil

Jenis Sumbangan

Syarat kelayakan

Nilai Sumbangan
RM

1

Kematian anggota yang tidak layak dalam skim khairat kematian

Anggota berusia 69 tahun ke atas perlu serta sijil kematian

1000.00

2

Anggota atau anak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang berdaftar dengan MQA 

Permohonan Diploma

Permohonan Ijazah

300.00

500.00

3

Anak lulus SPM

Sekurang-kurang 5A

200.00

4

Anak lulus PMR

Sekurang-kurang 6A

150.00

5

Anak lulus USPR

Sekurang-kurang 4A

100.00

6

Anggota menunaikan fardhu haji

Permohonan hanya diberi sekali seumur hidup

500.00

7

Kemusnahan dan  kerosakan contoh: banjir/rumah terbakar/ribut petir dan tanah runtuh.

Permohonan hanya diberi 3 tahun sekali
Permohonan perlu dilampirkan dengan Laporan Polis dan gambar

300.00

8

Anggota masuk wad hospital

Permohonan layak 3 tahun sekali perlu disertakan surat dari Hospital

300.00

9

Kecacatan kekal dan hilang upaya

Surat dari hospital dan dokumen perubatan

1000.00

10

Anggota yang layak mendapat insuran khairat kematian tetapi tidak menghantar borang kepada Koperasi.

Sijil kematian dilampirkan

400.00


Visi dan Misi :

  1. Memberi sumbangan kebajikan kepada anggota , kakitangan dan pekerja di ladang mengikut kesesuaian & kemampuan seperti yang terkandung di dalam undang-undang kecil Koperasi KKJJBB.
  2. Merangka Program sumbangan dan melaksanakannya di dalam bentuk barangan atau material atau khidmat nasihat atau lawatan kunjung hormat setelah menerima maklumat daripada anggota.

Nota:

Para pelawat dan ahli koperasi adalah digalakkan untuk memberi sebarang cadangan mengenai dengan peranan dan fungsi Biro Kebajikan yang diwujudkan. Semuga sebarang cadangan dan teguran yang positif dapat menerjahkan lagi perkembangan dan pencapaian koperasi untuk menghayati dan sumbangan kemajuan ekonomi kepada ahli dan Negara umumnya. Pendapat dan komen sila emelkan ke kopkgjawi@gmail.com.